Kalendar dan era Kronologi

Rencana utama: Kalendar

Istilah kalendar dan era (di dalam erti sistem koheren tahun-tahun kalendar bernombor) membabitkan dua konsep asas kronologi. Contohnya, kalendar yang digunakan sepanjang lapan dalam abad era Masihi mulai abad ke-8 setelah dilancarkan oleh Bede adalah kalendar Julius, tetapi yang mulai tahun 1582 adalah kalendar Gregory. Dionysius Exiguus (sekitar tahun 500) merupakan pengasas era Kristian yang kini merupakan sistem paling meluas digunakan di dunia.

Era ab urbe condita

Rencana utama: Ab urbe condita

Ab urbe condita dalam bahasa Latin bermaksud "sejak penubuhan Kota (Rom)",[3] iaitu tahun 753 SM mengikut perhitungan umum. Ia digunakan untuk menentukan tahun Rom oleh beberapa sejarawan Rom. Sejarawan zaman sekarang lebih kerap menggunakan era ini daripada masyarakat Rom sendiri; kaedah penentuan tahun yang paling umum pada zaman Rom adalah penamaan bersempena dua konsul yang berjawat pada suatu tahun itu. Sebelum kewujudan karya-karya Rom bersejarah dalam edisi kritis moden, bilangan tahun AUC dibubuh sewenang-wenangnya pada tahun konsul oleh para penyunting asal sehingga kelihatan lebih meluas digunakan daripada yang sebenarnya.

Era AUC digunakan secara sistematik buat julung kalinya hanya sekitar tahun 400 M oleh sejarawan Iberia bernama Orosius. Paus Boniface IV pada sekitart tahun 600 nampaknya merupakan orang pertama yang mengaitkan era AUC dengan Anno Domini. (AD 1 = AUC 754.)

Era astronomi

Era Anno Domini ciptaan Dionysius Exiguus (yang hanya mengandungi tahun-tahun AD atau Masihi) dikembangkan oleh Bede kepada era Kristian yang selengkapnya (iaitu ditambahnya kesemua tahun-tahun kalendar BC (Sebelum Masihi), tetapi tiada tahun sifar). 10 abad selepas Bede, para ahli astronomis Perancis bernama Philippe de la Hire (pada thaun 1702) dan Jacques Cassini (pada tahun 1740) atas niat semata-mata untuk mempermudah pengiraan tertentu, mempergunakan Sistem Pentarikhan Julius yang (diusulkan pada tahun 1583 oleh Joseph Scaliger) sekali dengan tahun astronomi yang mengandungi tahun lompat sifar yang mendahului tahun 1 Masihi tetapi tidak tepat bersamaan dengan tahun 1 SM.